Thursday, 8 September 2011

APA CELITE???

R.I.N.D.U
Macam mana nak sebut perkataan tu? RINDU!!! yES!!!yEs!!!YeS!!!. That's the words. RINDU sangat-sangat nak berblogging. Sorry sangat-sangat to all blogger friends sebab lama tak update diri kat sini. Aku rasa laen nak berblogging sekarang, blogspot dah laen.. Kawan-kawan yang kaki bloggers dengan aku dulu entah ingat aku lagi ke tak???Kesibukan dalam mencari rezeki dan menyiapkan paper thesis memaksa aku untuk tidak selalu' mengonlinekan' diri. 

So, sempena bulan ramadhan yang dah habes and sempena bulan Syawal yang masih diraikan, aku nak ucap awal-awal kat angpa suma kalau sepanjang pengenalan aku dengan angpa suma, aku ada terguriskan hati angpa pasal penulisan-penulisan aku kat blog sepanjang tahun ni. Kita ni bukan insan yang sempurna nak PERFECT segala benda. Jadi, kalau ada salah dan silap aku harap korang ampunkan aku. Aku susun sepuluh jari pohon kemaafan dengan korang dari hujung rambut sampai la ke hujung jari kaki.


Tahun ni punye cerita raya tak semeriah raya-raya yang aku sambut mcm tahun-tahun lepas. Tahun ni, tak maen meriam buluh, tak maen mercun, tak maen bunga api, tak sembahyang raya kat kampung, shopping baju raya last-last minit, malam raya pun masih kat kL dok bekerja mencari sesuap nasik.Tapi yang paling aku terkilan sangat-sangat pasal raya tahun ni, aku tak dapat nak kutip duet raya dah. tahun ni, giliran aku pulak yang dok sedekah bagi kat anak-anak buah dengan budak - budak.

HuwwaRRgghhHHHhhHh...Sambung nanti, boleh?? Nak pergi makan tengah hari sat.=)

******


p/s: Cuti sudah habis bro... - Malek K.L gangster-


Wednesday, 1 June 2011

Busy...Busy...busy....~

Hidup sekarang ni memang busy...4 Hari lepas berturut-turut busy kat Putrajaya. Himpunan Sejuta belia... Tak tau lah yang berkumpul tu memang dah cukup sejuta ke tak. Tapi, aku jadi salah seorang penyumbang pada himpuann tersebut. Kira kalau aku tak datang hari tu, belia yang datang jadi 999 999 la... Bertuah sungguh Perdana Menteri Malaysia sebab aku jadi supporter untuk salah seorang himpunan tersebut.

Macam-macam aktiviti kat situ. Nasib baek pergi naek motor je, kalau naek kereta, memang alamat aku tak boleh nak masuk parking lar.. HUhuhuHuhu...Sekarang ni, hidup aku busy dengan kontes-kontes yang dianjurkan.. Persiapkan diri dengan my brother sebelum ke uji bakat Raja Lawak 7. Maklumlah, Maharaja Lawak pun dah nak habis.
*****
Entah siapa lar yang akan jadi juara Maharaja Lawak musim pertama ni. Aku penyokong setia Jambu and Jozan. Sepah and Nabil pun aku minat, cuma tak berapa nak undi diorang coz, aku pengundi tegar kumpulan Jambu and Jozan. Apa??Korang pun nak undi?? Tak tau cara dia?? Senang je..Taip ML/ML3/ML5,ML10 atau ML20 JAMBU ke 32999.
Hahahaha..takde paksaan pun nak hantar..Sebab aku memang minat dengan Jambu and Jozan, so memang harap sangat kumpulan tu menang.

Malam tu, boleh pulak team feveret jadi juara. Ingat nak tengok kat Putrajaya dengan Perdana Menteri. Tapi, last-last minit cancelkan idea tu and lepak tengok kat Mamak je. Tengok kat mamak pun, feelings dia tangkap macam tengok kat stadium kot. Hehehehe...=)

*****
Hari ni makin busy pulak. Banyak benda nak kena settlekan dalam bulan Jun ni. Banyak perancangan nak kena diatur. Oh ya!!..Lupa nak bagitau kat korang semua. Aku baru balik interbiu keje petang tadi. Lately ni memang busy. Korang doakan aku dapat erh keje tu. Nanti leh belanje korang mengeteh kat kedai mamak. Hahaha...Dah Lewat ni..Nak Tidodah..Selamat Malam..Sweet Dreams..~

Thursday, 26 May 2011

Segmen Bloglist Abg Teror - Tanah Tumpah Darahku

Hahahaha..sebenarnyee..aku janji nak join menda ni semalam.. Sowie abgterror..Busy sangat lately nie.. Banyak menda nak kena settlekan....So, aku join segmen abgterror nie... To kawan-kawan yang nak join segmen abgteror ni, leh klik link ni. Masuk negeri mana-mana pun takpe, sebab kita semua 1 Malaysia and 1 bloggers.. Sume berada di bawah payung yang sama. Betul x??

So, Tak Nak buang masa, aku jawab soklan-soklan tahap PMR yang abgteror ni mintak aku jawab. Hope dapat A++ lar..hahahaha..:D

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
Hospital Besar Tapah, Negeri Perak Darul Ridzuan

2. Dimana anda dibesarkan?
Saya dibesarkan di Kajang, Selangor Darul Ehsan

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Abang Teror..Kalau nk mintak dimasukkan kat dua negeri leh tak?? Selangor and Perak..hahahaha..:D

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Banyak sebab kenapa nak pilih dua-dua negeri tersebut, Firstly, sebab negeri tu lar tempat kami duduk and membesar.. Kampung kat Sungkai, dekat ngan Sg.Klah..Hot Spring Sg.Klah..heheehe3x.. Selangor tu pulak, sebab negeri tu tempat saya membesar..
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakakan..hahaha...:D

p/s: Bro..kalau tak leh nk letak kat dua-dua negeri tu, bro letak under selangor erh???
Sebab awek-awek selangor cun-cun macam lisa surihani. and laki-laki yang dok selangor sume ensem-ensem mcm mok fahrin ahmad.

Tuesday, 24 May 2011

Selamat Pengantin Baru

Tengah hari ni baru ada masa sikit nak update blog. Ingatkan nak update malam tadi. Tapi, kepenatan berjalan makan kenduri selama 3 hari berturut-turut membuatkan badan aku memerlukan rehat yang secukupnya. Hehehe..Maklumlah, badan ni, nak pakai lama. Betol dak??

So,mungkin entri ni dah terlewat. Maklumlah, dah berapa hari pengantin baru jadi pengantin baru. Hahahaha. Tapi, aku nak update jugak pasal wedding my best buddy ni. To Haziq and his lovely couple aku ucapkan Selamat Pengantin Baru and semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.

Actually, sepanjang 3 hari majlis berlangsung ni, macam-macam perkara yang terjadi. Maklumlah, member time diploma yang dah lama tak berjumpa, time tu lah berjumpa. Yang mana zaman belajar tu ada bercinta dengan kawan-kawan sekelas and patah sayap di tengah-tengah jalan. Berjumpa time tu, orang cakap, luka lama berdarah kembali lah jugak. Ada yang datang bawak anak, ada yang datang pass-pass kad kahwin.. Hihihihiks. So, petua pada kawan-kawan semua, jangan lah bercinta and bercouple dengan kawan-kawan kelas. Time akad nikah tu,baru aku sedar, dalam batch aku, Haziq ni lelaki pertama yang melangsungkan perkahwinan. Wah!!.Congratulation bro!
 Tak Nak cerita panjang-panjang, sebab aku tau, korang mesti bosan punye kalau aku merepek panjang-panjang kan?? Aku share dengan korang semua sekeping dua gambar yang sempat aku and kawan-kawan snap sepanjang perkahwinan tu berlangsung..


Monday, 23 May 2011

Tak bertuah sangat.

Wah....3 hari ni, sangat-sangat busy dengan wedding my best buddy.. Bulan ni sampai bulan depan memang busy yang teramat sangat. Malam karang, if mok ada free time, mok update pasal wedding tu with ur guys, k?

Actually, mok sedih sebab mok tak bertuah untuk dapat top up free dari kak bee. Hahaha..Mungkin mok tak cukup bertuah kot. Orang cakap, mungkin bukan rezeki kita kan??Jadi, tak payah lar nak frust menonggeng sangat.Hihihihiks.Tapi, dalam tengah bersedih tu. mok dapat cabutan bertuah dari blogger yang lain pulak..
Cik Cahya.. Yeay!!!... Menang jugak top up sebab terpilih antara yang bertuah.

Thanks cik cahya.. Appreciate a lot. Sangat-sangat terharu sebab jadi yang bertuah dalam ramai-ramai rakan blogger cik cahya.

Ok..nak makan mekdi ni. Hari ni lunch dengan cik awek kat mekdi bangi after antar my brother pegi sekolah.. Jemput-jemput..Bismillahirahmanirahim...~

Friday, 20 May 2011

Small Giveaway Dari Puan Bee.Com

HoHoHoho...Selamat Pagi.. Kejap lagi nak pergi masjid negeri Shah Alam, member momok nikah...HEheheheHe...

Ermm..Dah dekat sebulan momok berblogging kan.. Tapi, tak pernah nak join mana-mana contest. So, kali ni, momok nak try naseb join kontes yang blogger buat.. Hihihihiks.. Kontes apa?? Ni dia.....


So, kak bee cakap pemenang die dipilih berdasarkan entri bertuah.. Hahahah..dah ada lebey 50 contestant kot.. anyway, kalau ada rezeki, ada lah kan?? lagipun, ni first kontes.. Betol x??

Korang nak join?? klik je nama kak bee ni ..Anyway, aku nak tag Asimira, buwlarn, ngan Ketong..Hiihhhihiks..

Ok..nak siap2x g masjid negeri ni..Jumpe petang karang..:)

Thursday, 19 May 2011

Gadis malaya gigit jari..

Dengar title pun aku rasa, korang semua dah tau aku nak post cerita pasal apa kan?? Hehehe... Hari ni, aku dok berblogwalking sambil dok klik-klik advertisement korang. Dalam dok, berblogwalking tu, tiba-tiba salah sorang sifu aku Cik Eyra a.k.a MTT post entri pasal Hero Malaya sorang ni. Hahahaha... Untuk dapatkan kepastian entri tersebut, aku search fakta untuk mencari kebenaran entri yang sifu aku tu tulis...

Tiba-tiba... JENG...JENG....JENG....
Korang kenal sapa ni???

Yes!!...Khairul Fahmi Che' Mat!! Dia telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hati beliau cik elia.Aku pasti lar 200 percents semua die hard fans and gadis-gadis malaya semua gigit jari lepas tau berita ni. Anyway, aku doakan semoga apek akan berjaya dalam bidang kerjaya beliau dan bahagia and kekal sampai ke jinjang pelamin dengan cik Elia ni. Nasihat aku, cepat-cepat lah melansungkan perkahwinan. Ye lah.. Awak tu popular..Bahaya lama-lama bertunang ni.:)

 Jangan ada gadis yang frust menonggeng sampai duduk bawah katil berhari-hari dah lah...Hahahaha..

Wednesday, 18 May 2011

Tekanan Perasan

Aku rasa hari ni, memang blogspot nak uji keimanan and kesabaran aku lagi. Pagi tadi, dah lar aku dikejutkan dengan button follower hilang and sume follower blog tak dapat dilihat. Malam ni pulak, semangat nak berblogwalking and jengah-jengah blog member terbantut gara-gara shoutbox pulak buat hal. Mungkin tak semua blogger lalui masalah yang sama.



Nak buat apa lar erh supaya masalah macam ni tak berulang. Penat aku dok tekan refresh and reload page sampai 10 kali, tapi, tak berhasil jugak. kenapa lah masalah ni datang bila aku tengah bersemangat and dah mula jatuh cinta dengan dunia blogging ni. Adoi... Pening kepala dengan perkara ni.. So, malam ni aku nak rest je. Esok pagi-pagi baru berblogwalking and follow sume follower balik. Harap sangat esok blogspot tak buat hal dah..

Oh ye...aku dengar-dengar ada ura-ura dari blogger yang cakap blogspot nak ditutup. Betul ke??? Haisskkhh!!..Hope sangat menda ni tak betul... Serius cakap...aku dah jatuh cinta dengan blogging ni. Kalau blogspot ditutup, kemana lah aku nak bawak hati yang duka and lara ni?? Sob...Sob..sob.....

Malam ni, layan online game je lah..Memandangkan chatbox blogger yang aku datang banyak yg problem.. Anyway, jom lah kita doa ramai-ramai hope masalah blogspot ni tak berpanjangan..hukhukhuk..:(

Follower Box Pulak

Ok...pagi-pagi lagi dah dapat berita yang tak berapa best nak didengar. Aku tak tau internet aku lembap ke or memang semua blogger hadapi masalah yang sama. Adoi..... Box follower tak keluar. Adeh.. baru hari ni ingat nak blogwalking ke serata dunia blog and nak guna tips-tips yang cikgumuzik bagi semalam.

Sekali, bukak-bukak blogspot, jadi macam ni pulak.. Korang pun jadi macam aku ke?? Ke aku sorang je yang ada masalah follower box hilang ni?? pening kepala..:( Sigh...
Ok..hope lepas ni, blogspot tak uji keimanan aku lagi untuk terus berblogging. Jangan lar follower hilang..Huhuhu..:(

Tuesday, 17 May 2011

Tiga Bintang Konon!

Settle layan cite roda-roda KL, Juvana and Sarjan Hassan. Perh!!!4 jam duduk kat depan TV tak berganjak.. Tak pernah dibuat orang. Malam ni, bonda and cik gadis masak ikan bawal masak kari and Tenggiri goreng. Tambah pulak ada kacang botol and sambal belacan lebih petang tadi. Cukup untuk buatkan aku tambah nasik sampai 3 pinggan..Hahahaha.. (Ye!!..Aku memang kuat makan pun).

Wah!!!Follower dah 200. Tak sangka ada jugak orang yang sudi follow blog aku yang simple ni. Thanks weh!!..Mana follower yang aku tak follow balik tu, please tinggalkan link korang kat komen. Kotak shoutbox aku untuk chatting dengan kawan-kawan blogging je. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow this blog.

Sebenarnya entri kali ni, aku nak update semalam. Tapi, disebabkan baru datang mood untuk menulis pagi tadi, aku update entri yang sepatutnya diupdate semalam hari ni. Pengalaman 'annoying' kat kedai makan bumiputera 3 stars. Just nak share supaya readers-readers yang ada takkan rasa macam aku rasa.

Cerita ni bermula bila aku ditugaskan oleh encik abah and puan emak untuk menghantar adik aku pulang ke Shah Alam. Dia kena buat intersessi (short course). Kalau tak, tak boleh grade on time. And kebetulan pulak, hari tu my best buddy konvokesyen di UiTM. So, aku and cik awek amek kesempatan untuk gathering dengan kawan-kawan rapat aku ni.. Maklumlah, dah berapa bulan masing-masing sibuk dengan urusan peribadi. Waktu-waktu macam ni lah baru ada peluang berkumpul ramai-ramai.

 Jadi dipendekkan cerita lepas my frenz ni keluar dari dewan konvokeseyen tu, and dah tangkap gambar sekeping dua, kami semua sepakat untuk lepak minum-minum petang sambil berborak-borak kosong. And setelah hampir setengah jam aku ngan cik awek berpusing kat seksyen 7 tu, kawan-kawan aku decide nak lepak kat satu restoran arab 3 bintang milik orang melayu yang diberi nama Fried Chicken House.

Kenapa aku cakap 3 BINTANG?? harga makanan kat situ,boleh tahan mahal macam makan kat PAPARICH.  Aku bukan nak komplen pasal rega makanan tu tapi pasal layanan yang kitorang terima hari tu.. Layanan yang aku dan kawan-kawan aku terima hari tu, boleh dikatakan setengah star pun tak sampai. Tahap restoran ni, boleh dikatakan takde rating langsung. Pada aku, aku tak kisah keluarkan rega yang mahal asalkan makanan and servis yang aku terima berpadanan dengan harga yang aku bayar.
******
1st sekali, kawan aku Haziq, Ketong and Azie order makanan. Langsung tak sampai. Dekat 1 jam setengah tunggu, tapi, langsung tak sampai. Member-member laen dah habes makan, baru manager dia datang tanya ada order tak sampai lagi ke? Padahal, kat dalam kedai tu, langsung takde customer.  (ada lar sorang, tu pun pakcik 50an and bini dia ngah makan dinner kot). Last-last, oleh sebab kemarahan melampau, Haziq trus cancel itu order.

2ndly, layanan staff. Muka langsung tak reti nak senyum. Budget bagus sangat. Weh!!..Ingat bagus sangat ke wat muka ketat mintak penumbuk. Kitorang customer kot. At least, senyum lar masa nak amek order and masa nak bayar. Sampai member aku si Melah ni hilang sabar, dia mintak pekerja staff tu senyum sket...Tu takpe lagi, time member aku si  Haziq nak bayar, boleh pulak ditinggikan suara mintak diulang sampai 3 kali. Aku rasa, Haziq tu, dah cakap dengan terang dan nyata tanpa dengung. Jelas kot. Tu pun tak paham bahasa?? Kalau tanye dengan elok takpe, ni nak marah-marah pulak.

Last sekali, perangai staff. Aku tak tau kenapa pekerja-pekerja kat situ begitu tak beretika sekali. Aku rasa bos diorang ni, tak pernah hantar diorang ni pergi kursus makanan kot. (meybi la) Time masa Haziq nak pegi cancelkan makanan dia yang tak sampai tu, pekerja dia boleh bantai berborak kat dapur. And after member aku si Melah mintak pekerja sorang ni senyum, boleh pulak nak amek nombor plate motor. Hahaha.. Sungguh tak matang. Agaknya, kalau dia jumpa tengah jalan, nak tahan kot.

Tapi, ada satu je kelebihan dia, Manager restoran kedai ni bagus. Aku rasa, kalau manager dia tak keluar settlekan keadaan hari tu, memang aku ngan member-member aku ni dah bakar kot kedai dia. "Kita Bakor Je!!!". Manager dia belanja si Haziq ni atas dasar order tak sampai. So, hari tu, kami semua jeles sebab Haziq dapat air percuma. Siot!!..

Kalau korang pernah makan kat tempat laen, aku tak tau lah. Tapi, cawangan kat Seksyen 7 Shah Alam ni memang boleh dikategorikan sangat teruk layanan staff dia. Aku harap, if ada reader-readers aku yang ada kaitan dengan kedai tu, bolehlah amek tindakan. Takpun mana-mana readers yang pernah rasa pengalaman macam aku, boleh lah share kat komen erh??

Dah lewat..Aku nak tidor..Selamat Malam semua..Sweet Dreams.

Monday, 16 May 2011

Gosip Artis AF9

Pagi-pagi lagi aku dah cari mood nak menulis balik. Mood nak menulis belum datang lagi after my blog entri hilang kerana blogspot maintenance hari tu. Sakit jiwa sangat-sangat. Tapi...bila kenangkan balik, nak marah pun  tak boleh. Guna blogspot ni pun free je. Tak kuar duit 1sen pun..huuhuhuhu...:)


Hari ni, aku dok baca gosip-gosip artis kat internet je. Sedang dok layan cerita abang salleh nak kawin lagi satu, aku terkejut yang bakal isteri ke-4 dia tu merupakan kawan sekelas member aku. Ha!!..Dengar cerita siap deactivate akaun Facebook terus. Ermm...malas nak cerita panjang-panjang. Lagipun..jodoh  masing-masing kan??


Korang semua tengok rancangan akademi fantasia tak?? Huhuhu..Aku sebenarnya tak minat pun dengan akademi fantasia ni. Tak macam cik awek aku. Kalau boleh setiap season memang tak nak miss. Aku pun tak paham. Pada aku, better laie One in Million. hihihiks..(sowie yang tak sependapat)
So, tengah-tengah dok melayan gosip-gosip artis ni, aku terpandang gambar sorang pelajar AF9. Nak tau sapa??? Jeng....Jeng.....Jeng..........
*
*
*
*
*


Neera AF9.. Korang kenal dengan dia ni?? Hahaha..hasil dari bacaan aku, aku dapat tau yang dia ni pernah masuk Miss Earh-Water Sabah 2010 and dia dapat jadi naib juara..Gila lar...
Bila bukak muka buku plak, aku heran sebab ramai yang terlampau taksub dengan pelajar AF ni. Apa kemenda lar yang menarik sampai buat fanpage. Bukan tentu menang lagi pun. Laen lah kalau dah jadi artis, betul tak???
Anyway,aku terkejut bila jumpa picture neera yang macam ni kat dalam google image. Adoi..ada lagi ke artis nak dapat publisiti murahan untuk dapat undi kasihan... Heran betul dengan dunia ni...
Aku share ngan korang video neera ni masa ujibakat AF9.. Aku rasa, suara dia takdelah sedap mana.. Suara Misha Omar sedap lagi kot.:)

Saturday, 14 May 2011

Hikayat MoMoK Nadim -Part 2-


Huih...Sedar tak sedar dah seminggu korang tunggu kan???kan???kan??? Jadi...Sambungan yang dinantikan Hikayat Momok Nadim part 2 akan disambung. Mana-mana bloggers yang terlepas episod 1 or tak sempat nak baca episod 1, korang sume boleh klik link hikayat momok nadim 1st ni.

Waktu mula-mula masuk kat blok Nadim ni, aku cakap terus terang...Seram sejuk rasanya. Maklumlah...Sebab blok tersebut boleh dikatakan blok bersejarah jugak. Tengok muka-muka seniors sume macam muka pecah rumah. Takde muka yang orang cakap muka beriman macam muka aku imam muda asyraf. Bahasa pulak, tok sah nak cerita la.. Ada satu petang tu, masa aku balik dari kelas nak balik bilik.. Time tu, aku cakap terus terang...Memang penat sangat...Maklum lah..berjalan kaki dari blok ke fakulti. Jarak and penat dia kira macam korang berjalan kaki dari Hentian puduraya ke Times Square. Ada senior-senior blok dok melepak kat kerusi malas bawah blok. Nampak je kami budak-budak muka beriman ni lalu, dijeritnya kat kami...

'Hoi lahanat!! Ko belum kena induct dengan aku kan?? Malam ni, lepas isyak ko datang bilik aku!!'...
Siot!!..Time tu, tok sah cakap lar..Hati tengah panas membara..Tibe-tibe ada plak mamat senior menyound macam tu..Memang rasa macam nak bagi penumbuk je kat muka diorang.
Tapi, mengenangkan aku and kawan-kawan aku budak baru kami jawab dengan penuh lemah gemalai.
'Baik bang'.

'Masa bila pulak aku kawin dengan akak kau?!!'
E'eh...kita jawab sikit punye elok. Dia hentamnya kita balik???
Itu lah lumrah kehidupan kat blok masa tu...Budak-budak junior semua mengikut kata-kata senior. Kira macam senior and junior tu, hierarki kuasa tu agak besar lar. Senior ada kuasa mutlak kat junior-junior ni and setiap junior kena ikut setiap peraturan blok.

So, malam tu memang aku ngan roomate aku si asyraf ni dah rancang malas nak pi bilik senior. Ye lar..dari pegi serah diri kena induct dengan senior, baek ulangkaji pelajaran. Bonda and encik abah antar aku masuk unibersiti suruh belajar, bukan suruh kena orientake dengan senior.Btol dak??

Dalam tengah dok melepak dalam bilik tu, tiba-tiba ada budak kelas kitorang ketuk pintu bilik. 'weh, abang bilik sebelah panggil korang, nak berkenalan'. Perh!!..Ayat..nak berkenalan..padahal macam aku tak tau nak induct kitorang..

Masa tu, aku, asyraf,fuad, kamil, asri, muzammil (nama punye baek) masuk lar ke bilik senior ni. Yang si asyraf ni pulak, nak dijadikan cerita boleh pakai boxer je time tu. mak aih..trus kena sound. Masa tu, aku ingat lagi, ada senior aku sorang ni yang korang boleh cakap otai gak lar. Nama dia Ladong..Dia tengok je roomate aku ni pakai boxer, terus nye dia sound. Adoi...Apa lar salahnya budak tu..Dah nak tidor kan??Normal lar budak laki-laki pakai sedemikian rupa.

Nak cerita hebat tak hebatnya senior blog kitorang masa tu, Diorang ni, kreatif. Diorang boleh bagi nick name junior time tu jugak. korang cerita lar pengalaman manis and pengalaman pahit korang kat diorang ni. Comporm!!!. Idea nickname tu datang kat kepala otak diorang tu.
Ye lar ada member aku dapat nickname, BARAN. Sebab apa baran?? Sebab bangga dapat surat tawaran.Ada yang besh sket, Lidek,Sebab lidah dia pendek. Adul pulak sebab dahi aku jendul. Hahahaha...
Tutun sebab tukang pantun, Tasi sebab tangan besi. Tedup sebab tengkorak hidup. ada yang lucah-lucah, aku tak tulis kat sini. Tak elok sebab readers aku ramai perempuan. Hahahahaa..Last-last..tengah kena induct tu, si Ladong ni ternampak something kat asyraf.. kira nampak macam bakat gak lar.
Terus dia bagi nama kat budak asyraf tu Ketong.

Sebab apa ketong???korang kena tanya dia sendiri. Hahahaha...

Maka, apabila tiba giliran aku untuk diinduct, senior aku terperasan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengalaman manis dan pahitku. Tu yang melekat nama MOMOK tu. Kalau tak, mula-mula, ada sorang senior aku nak bagi nama HAMA SABU.. Apa ke pelik nama tu. Tapi, lepas senior dah berbincang dengan ahli majlis bilik tersebut, nama aku ditukar pada MOMOK. So, sejak tu, terlahirlah Momok Nadim.

Ada lagi sambungan???-Continued part 3-

Tuesday, 10 May 2011

Hikayat Merong Mahawangsa. Tengok online.


Merong Mahawangsa??? Hikayat terbaik yang pernah orang Melayu (KRU) hasilkan. Tabik spring sangat kat diorang (KRU) sebab berjaya hasilkan filem epik yang pada aku not bad lar. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan cerita Hikayat Momok Nadim and cerita 300.. Pada aku rasa cerita Hikayat momok nadim and 300 lagi besh.. Hahahahaha....Anyway, ada beberapa perkara yang memusykilkan aku sangat-sangat pasal cerita ni. Sepanjang aku belajaq sejarah kat sekolah dulu...Cikgu aku cakap orang-orang melayu zaman dulu, menggunakan bahasa melayu sanskrit. Tak pernah pulak aku tau yang orang dulu-dulu reti cakap mat salleh. Merong mahawangsa ni, hebat tak hebatnya beliau, boleh cakap bahasa cina and bahasa mat salleh. Agak-agaknya, kalau aku ada mesin cahaya masa and dapat kembali pada zaman hang tuah, aku tanya depa "How are you??" la kan..Agak-agak hangpa, depa boleh paham dak??

Member aku kat Facebook mintak aku share video tu kat sini. Dia tak pernah ada kesempatan nak tengok movie ni.So, kalau kawan-kawan blogging yang tak pernah tengok cerita hikayat merongmahawangsa ni lagi, boleh  layan kat sini...

Part 1


Episod seterusnya korang klik link kat bawah ni erh???
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8

Monday, 9 May 2011

Cita-cita saya

Masa kecik-kecik dulu, cikgu selalu tanya pasal cita-cita. Boleh dikatakan setiap tahun...Masuk je cikgu kelas yang baru, lepas bagi ucap selamat pagi (kalau sekolah shift pagi) or ucap selamat petang (kalau sekolah shift ptg) mesti soklan pertama yang keluar dari bibir mungil cikgu adalah "APA CITA-CITA kamu bila dah BESAR"???

Lepas tu, sorang-sorang bangun dok bagi jawapan yang orang cakap waras and diterima akal. Masa tu, kalau aku ingat-ingat balik..Aku rasa...jawapan yang budak-budak kelas aku bagi sume lebih kurang sama je. Kalau tak pun, berpusing-pusing 'main' kat area-area hot zone tu je.Yang perempuan kalau tak cakap nak jadi doktor mesti cakap nak jadi cikgu..Kalau perempuan yang budget-budget 'UP and budget-budget matang' sikit, depa jawab nak jadi pensyarah or lawyer. Yang laki pulak mesti jawab nak jadi pegawai polis or pegawai bomba...Yang budget macho and budget 'UP-UP' mesti jawab nak jadi lawyer tak pun pilot. Wadefak!

Dua tiga row sebelum kena turn aku jawab, aku dah sibuk dok tanye member sebelah..Takde idea nak jawab apa..Time tu, toksah nak cakap lar takut ada, gabra ada, CUAK pun ada jugak.Last-last follow idea member aku cakap nak jadi pelakon filem...Habeh bantai gelak satu kelas. Siot.. Apa ingat aku tak mampu ke nak jadi mcm Jackie Chan dengan Fahrin Ahmad???Aku pun boleh buat stunt and berlakon tau.Hehehehe....

Sekarang ni, kalau aku tanye adik aku dah besaq nanti hang nak jadi apa? Laju je dia jawab nak jadi pemain bola macam Safee Sali. Adoi... Minat bola sangat pun, payah jugak. Nak masuk soccerkids hari tu, bonda and encik abah tak benarkan. Haisskkhh...Tumpu kat study dulu lar dik, lepas dah berjaya dalam pendidikan, baru pikir nak jadi pemain bola. Buat sampingan je bola tu, ok???

Bila dah besaq ni, aku masih mampu nak bercita-cita tau...Aku nak jadi Juara Raja Lawak... Pada aku, lawak yang final raja lawak after team Sepah sume tak besh.. Kira yang legend pun, Jozan, Yus, Sepah and Nabil..Lepas je batch Sepah, aku rasa lawak-lawak yang diorang buat, mcm takde unsur-unsur humor. Melainkan team BALAS lar..tu pun dok buat lawak dabel mening..


Hehehehe...Apa-apa pun. Masuk program realiti TV ni dalam perancangan aku..InsyaALLAH, kalau ada rezeki, aku akan apply nanti. Korang doa-doakan lar erh??? Untung-untung, kalau aku menang, boleh korang cakap kat bakal anak-anak korang mcm ni.. 
("Eh..momok ni rakan blogging mak ni...mak selalu blogwalking kat blog dia ni dulu")..Hahahaha...:D

Tak kisah lar apa cita-cita korang..Aku harap korang akan capai cita-cita tu satu hari nanti...Yang paling penting usaha. Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang keras. Dah jatuh, berdarah ke, patah tangan ke, patah kaki ke, lumpuh ke, yang pasti, kena beranni untuk bangun semula. Barulah kejayaan akan datang.
p/s:: Success will not come without hardship of try.

Sunday, 8 May 2011

Baek Punye~

Baru selesai sambut hari jadi ayahanda and hari ibu tadi. Ni baru ada peluang berblogging and sat gi nak balas kunjungan pengunjung-pengunjung blog yang sudi bertandang ke blog momok ni. WAH!!! dah 100 lebih followers. Macam tak caya pun ada.. Thanks korang-korang yang sudi follow blog yang tak seberapa ni..:)

Orait...Malam ni, aku tak nak cerita pasal hari ibu or pasal  b'day ayahanda yang baru disambut tadi..:)
Tapi, nak sambung cerita pasal mamat kelantan. Pada yang tak paham kenapa mamat kelantan, korang boleh pegi tgk entri yang ini.

Banyak feedback yang aku terima dekat FB dengan blog komen...Antaranya:


And tak kurang jugak yang marahkan aku sebab tulis entri tu..aDoi...

Hehehe...Oleh sebab mereka-mereka ini mengomen, and bro shatooman and bro hantu request nak tau pasal kebaikan mamat -mamat kelantan ni, aku share ngan korang plak kelebihan mamat-mamat kelantan. Lelaki kelantan kat atas tu pun tak pernah tau kelebihan menjadi lelaki kelantan..Tapi aku ni yang bukan mat kelantan pun bleh tau.HiHihihihIhiks.. So...pada aweks-aweks yang kat luaq sana yang ada Balak dari kelantan, lepas ni korang dah boleh kembang kecupkan hidung korang sebab berbangga dapat balak dari Kelantan. LOL!!

Kebaikan yang pertama:
Mamat kelantan ni biasanya orangnya alim. Cakap je pasal ilmu agama, diorang ni memang expert. Aku tak tipu..Dari hukum syarak, feqah, tauhid, tajwid, taranum, and macam-macam lagi kira diorang ni kebanyakannya memang expert bab-bab agama. Ni lar salah satu sebab kenapa negeri kelantan disebut  serambi Makah.Jadi aweks-aweks kat luaq sana, dah boleh bayangkan balak korang suma jadi imam lepas kawin nanti. LOL~

Kebaikan yang ke-2:
Mamat-mamat kelantan ni kebanyakannya pandai  mencari rezeki. Kira pada aku, diorang ni rajin lar.. Tak berat tulang. Datang negeri orang lain, bukak gerai makan, bukak kedai motor, kerja dengan orang. Secara ringkasnya, mamat-mamat kelantan ni, sumenye rajin-rajin belaka. Jadi sang awek-awek yang dapat balak kelantan jenis ni, memang akan bahagia lar.

Kebaikan yang ke-3:
Mamat-mamat kelantan ni, kebanyakannya reti seni mempertahankan diri. Tomoi, silat, silambam, kungfu, taek wan do, gusti lengan, and macam-macam lagi..at least, mesti mamat kelantan ni terer salah satu dari menda tu.So, awek-awek yang ada balak kelantan lepas ni, dah boleh rasa secure bile berjalan dengan balak kelantan korang..

Kebaikan yang ke-4:
Ermm......ermmm.......Hurmmm.....(dok berpikir)... Korang rasa ada kebaikan mamat-mamat kelantan ni lagi, korang boleh share kat komen..:)

Anyway...aku ingatkan balik pada korang sume...tak semua mamat kelantan yang aku tulis ada sifat-sifat baik macam aku tulis kat atas ni and bukan semua mamat kelantan tu teruk macam aku tulis kat sini. Korang sendiri kenal, and korang sendiri nilai. Kita semua bukan perfect sangat pun. Hanya ALLAH je yang sempurna.  Oh!!..Sebelum aku terlupa..Thanks a lot pada cik MTT sebab sudi ajar saya macam mana nak letak link kat entri and letak gambar pengomen kat entri...

Saturday, 7 May 2011

Aku Insaf

Malam ni nak share ngan korang pasal solat jumaat... Sapa yang tak pi solat jumaat siang tadi??? Baek ngaku cepat...Yang pompuan dah comporm lar tak pi...Ni aku tanya laki-laki je..Hehehe....:)

Sebenarnya, aku pun bukanlah baek sangat..Tapi, pengalaman aku hari ni, buatkan aku rasa insaf yang amat sangat. Mungkin ALLAH nak bagi hidayah kat hambaNYA yang lemah dan daif ni. Huhuhuhu...

Tengah hari tadi, sebelum solat jumaat, aku buat rutin harian seperti biasa.. Blogwalking and update statusk sambil dok layan komen status-status peminat member-member kat social networking tu..

Tiba-tiba...
"Tak dengar ke orang dah mengaji kat masjid tu??tak RETI-RETI lagi??" ayahanda tanye dengan gaya perli..
"Yer...orang tau..Nak siap lar ni. ayah pi lar dulu, orang pi naik motor sat gi". Jawab aku dengan penuh kemalasan.

Elok je bila encik ayah keluar rumah, datang idea jahat nakal tak nak pi semayang jumaat. Hahahaha... Minggu lepas dah pi. Bukan 3 kali lagi..Takpe lar.. Sang setan pulak dok terus menghasut-hasut supaya tak payah pi solat jumaat tu. Sampailah adik aku yg ke 3 tanye aku "Balong tak pegi semayang ke??" Baru terkocoh-kocoh dok bersiap amek air semayang ngan tukar kain. Elok sampai masjid, dah penuh. (Padan dengan muka aku)..

Masa khutbah, aku dok berdiri kat tepi pintu masjid. Nasib baik lah, masa solat ada ruang yang boleh aku masuk. Sampai lah selesai solat jumaat, baru aku terperasan sebelah kanan aku, pakcik OKU(orang kelainan upaya) rupanya. Lepas dah bersalam-salaman ada orang yang datang tolong tolak beliau. Mungkin sedara or orang dari rumah kebajikan.. Aku tak tau...Cuma aku mampu tengok dari jauh sampailah pakcik OKU tu hilang dari pandangan mata kasar aku ni..

"Ya ALLAH, sedangkan aku yang sempurna sifat masih tersimpan rasa malas nk tunaikan kewajipan kepada mu. Ampuni lah dosa hambamu ini YA ALLAH". 

Timbul rasa insaf kat dalam hati. Lepas ni tobat tak mau malas-malas solat dah. Solat 5 waktu pun akan dihighlightkan supaya cukup..Sebab kadang-kadang rongak jugak..
tgh dok cari gambar solat, tertarik plak dengan kartun ni.LOL
p/s: Mungkin hari ni, kita buat silap, Mungkin hari ni, kita alpa dan lalai. Tapi, hendakalah sentiasa ingat, yang ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Kaya.

Friday, 6 May 2011

Mamat Kelantan???

Tengah duduk melayan wrestling kat TV3 tadi, rindu pulak nak jengah-jengah blog. WAH!!! Dah ada 74 followers... Alhamdulillah. Thanks pada smua member-member yang sudi follow blog aku yang simple ni.:)
Nanti, aku follow korang balik, make sure korang sume tinggalkan link kat komen or shoutbox, ok??? Macam iklan digi I'll follow you.

Entri kali ni, aku tulis berdasarkan pandangan individu erh??So, kalau terkena kat korang, awal-awal lagi, aku nak mintak maaf..Bukan niat nak persendakan or mengata but, nak share dengan korang serba sedikit FAKTA Negara..Ingat ni fakta tau bukan AUTA.
kata-kata awal karam singh walia.:)
Keburukan 1:
Mamat dari pantai timur ni, especially Kelantan kalau datang pergi negeri lain, mesti nak tunjuk besar kepala. Sindrom ni memang selalu terjadi tambah pulak bila dah berjumpa dengan rakan-rakan sekampung. So semangat 'KEPUAKAN" mereka amat ketara.Maklumlah, diorang ni berhijrah pergi ke negeri-negeri orang. So,boleh dikatakan kat setiap tempat mesti akan ada puak-puak diorang ni..

Keburukan 2:
Mamat kelantan ni selalunya panas baran. Betul..tak tipu punya. Tak kisah lar kes besar ke kes kecik ke, kalau boleh diorang ni mesti nak settlekan dengan cara bertumbuk. "Kalau jantan jom lah one by one". Hadoi!!..Kenapa lar cetek sangat pemikiran. Ingat semua masalah boleh selesaikan dengan bertumbuk ke?

Keburukan 3:
Mamat kelantan ni gak biasanya mesti terinvolve dengan geng-geng mat rempit and dadah. Tak boleh disalahkan kat bahu mereka 100 peratus. Sebab bukan diorang ni pencetus isu mat rempit. Tapi, boleh dikatakan kebanyakan yang kena tangkap kalau operasi polis, mesti berasal dari kelantan..

Lastly, yang aku perasan keburukan mamat-mamat kelantan ni, diorang nye dialek. Seriusly and terus terang cakap, aku cuba fahami apa yang diorang cakap..Tapi, tak tau kenapa tak boleh nak paham. Kadang-kadang tu aku kesian tengok mamat kelantan ni. Dah cuba nak belajaq bahasa melayu baku..Tapi, tetap tak boleh. Kedialekan mereka terlampau pekat sampai membuatkan aku terpaksa bukak kamus KELANTAN-MELAYU nak cari makna.

Tapi kan..Yang memusykilkan aku...kenapa bila aku dengar perempuan-perempuan kelantan cakap Dialek kelantan tak macam aku dengar mamat-mamat kelantan ni bercakap erh??Biasanya gurl-gurl kelantan ni kalau diorang bercakap dialek dia sedap je dengar..Heran btoL~

Yang gurl-gurl ada balak kelantan jangan pulak korang mintak break lepas baca ENTRI aku ni. Hahahaha.. Actually...Bukan semua mamat kelantan perangai macam aku tulis ni. Takut lar tu...Dalam keburukan ada jugak kebaikan...So, kalau kat komen ada ramai orang request nak tau kebaikan mamat kelantan ni, aku akan pertimbangkan untuk tulis entri tu.

Akhir kata dari aku, korang nilai lar sendiri, k??Ni ada video aku nak share..Korang layankan je lah..Tgk macam mana lelaki-lelaki kelantan ini beraksi..


Nak tgk bukti lagi??ha..meh klik sini.:)

Wednesday, 4 May 2011

2 petang a.k.a 2pm punya cerita

Baru Sudah SoLaT maghrib and Isyak..yeaY!!. seLesaI satu tanggungjawab aku pada ALLAH.. ALhamduLiLLah~...ActuaLLy hari ni ingat nak blogwalking kat blog kawan-kawan sambil klik-klik iklan nuffnang korang jer..Tapi, entah kenapa tiba-tiba datang hidayah nak update entri kat sini.

2 P.M group...pernah korang dengar nama 2 P.M tak?? Bukan 2 petang.Karang ingat tu waktu malaysia pulak..Sebenarnya 2 P.M tu nama group. Diorang ni actually group korea. So, pada sapa-sapa yang hardcore dengan die hard fan korean song mesti tau kan?? Hehehe3x..

Ni lar group 2 ptg.:)
Yang MEMUSYKILkan aku kenapa lar aweks-aweks kat Malaysia ni boleh jadi gila dengan
2 P.M ni?? Mungkin group ni artis dia comel-comel macam aku Lisa Surihani kot..Maklumlah korean beb.Setakat group new boys dengan boboy tu, 2 p.m ni jentik pakai jari je..(Hahahaha)..

Yang lagi bestnya, my brother yang tak pernah-pernah menari, boleh menari tiru style tarian 2P.M ni. Heran bin Ajaib btol. Punya lar hebat tak hebat brother aku ni, dalam masa 1 minggu je dari yang zero knowledge pasal tarian ni,boleh tiru 100% style 2P.M tu menari..Hahahaha..Siap buat presentation kat kelas untuk salah satu subjek yang dia ambik kat unibersiti tu dan yang lagi bestnya... lecturer beliau puji and bagi full marks untuk presentations. Gila lar..Memang salute lar..Tapi, firasat aku kuat mengatakan yang lecturer beliau dia tu salah seorang die hard fans 2P.M group ni...LOL!!!


Lepas ni, dah boleh apply nak masuk group 2 P.M lar..HahaHahaHa..Anyway, aku share dengan korang video dia praktis menari..Video dia buat presentation kat kelas besar sangat..Lambat nak upload..apa-apa pun..Enjoy, k??

Tuesday, 3 May 2011

Hikayat Momok Nadim

Malam ni angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Awan kat atas meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan sang angin. Langit pulak malu-malu kambing kucing ditutupi sang awan. Bulan masih macam dulu dok asyik menumpang cahaya abang matahari untuk memancar kecantikan wajahnya.

Dalam duduk bertapa sambil dok berpikir apa yang nak aku carutkan tulis kat dalam paper thesis ni, tiba-tiba aku terfikir untuk update entri kat dalam blog. Rindu rasanya kat kawan-kawan blogging. For those yang sudi jadi followers and baca this blog, aku ucapkan sangat-sangat and banyak-banyak terima kasih. Nanti, aku follow hangpa balik..Tinggal link hangpa kat shoutbox kami na??Tak sangka ada jugak orang rajin dok baca aku merapu kat alam maya ni. (hihihihhiks)

Malam ni, aku nak share story ngan korang pasal asal usul nama aku..Ibarat macam cerita hikayat jugak. Korang sume mesti musykil a.k.a pelik kan kenapa aku guna nama momok nadim as aku punye user name? Pernah terlintas tak dekat fikiran korang kenapa aku guna nama momok tu?? Mungkin pernah..Mungkin tak pernah.. Ye lah..tuan punye badan sikit punye hensem, macho and cute  sedap-sedap mata memandang. TAPI, kenapa still nak guna nama yang mengerikan? Btol dak? Tapi,actually to tell the truth nama momok tu memang nama nickname aku. Malam Pagi ni, aku nak share ngan korang serba sedikit sejarah di sebalik nama MoMoK tu..:) Ni semua kira macam hadiah lar aku bagi sebab sudi jadi readers aku.(cik awek pun tak pernah tahu pasal sejarah nama MoMoK ni tau).

***************************************************************************


Seperti cerita-cerita hikayat yang lain jugak, (Kira macam hikayat merong mahawangsa dengan hikayat 1001 malam lar) Hikayat MoMoK Nadim ni bermula apabila aku menjejakkan kaki di salah sebuah universiti tempatan di pekan kecil Lendu. Orang kat situ dok sebut LONDON..Padahal LENDU. (Ni sebab kes student-student ngan penduduk kat situ perasan mcm duduk kat negara mat salleh la ni).

Macam student-student junior yang lain, aku terpaksa melalui minggu yang paling dibenci. Minggu Orentasi or dalam bahasa mat salleh disebut ORIENTATION WEEK. Dalam seminggu dok bangun pukul 5 pagi and tidoq pukul 12 tengah malam. Siot btol!!! Mana-mana student yang rambut panjang awal-awal dah kena potong pendek. Pak Gad dah prepare dok tunggu nak tahan student yang rambut panjang. Kalau free takpe jugak, ni kena charge wooo...RM5!!! Memang kaki hisap darah btol lah orang-orang kat sini. Dalam seminggu tu hari-hari kami sume dok menghafal lagu-lagu kebangsaan universiti (Wawasan Setia Pelajar ngan Warisan) and diperkenalkan dengan undang-undang baru. Ingatkan dah habeh sekolah menengah dah tak dak style nyanyi-nyanyi lagu. Sekali masuk menara gading ada jugak part-part nak kena hafal lagu unibersiti.

Ada satu part yang aku nak share ngan korang suma yang memang aku tak boleh nk lupakan sampai hari ni..

 Masa hari-hari akhir Orientation Week tu, kami kena tahan and kena brainwash ngan PM-PM yang ada. PM ni kira macam fasilitator lar yang dok jaga budak-budak baru masuk unibersiti ni. Habeh suma budak-budak junior ni kena maki kata kami tak geti nak hormat PM lar, time orang bagi ceramah kat masjid dok berborak lar, Hisap rokok belakang dewan lar, cakap PM otak tak betoi lar. Macam-macam lar. Yang perempuan kat belakang, aku tgk dah teriaq-teriaq. Konon-konon macam menyesal lar perbuatan dia tu. Yang paling tak boleh blah nye PM tu siap ugut kami cakap kami ni bukan student unibersiti yang sah and diorang ada hak nak halau kitorang keluaq dari unibersiti tu if kitorang tak reti nak ikut peraturan. (Time tu aku dah cuak jugak la). Ye lar...budak baru maa..apa-apa pun tak tau. 1st time masuk menara gading ni.

Last-last dia panggil beberapa orang pelajar. Dalam 10 orang pelajar yang kena panggil tu, ada sorang budak tu, kebetulan roomate dengan aku masa Orientation Week tu. Kami panggil dia Fulus. So, bila pesalah-pesalah 10 orang tu dah naik kat atas pentas sambil semua 10 orang pesalah ni dok terpikir-pikir dalam kepala otak diorang apa salah yang diorang buat sepanjang minggu orentasi tu maka bertanyalah PM kepada 10 orang pesalah tersebut setiap seorang soalan yang sama.
PM: KAMU MENGAKU TAK???(Dengan suara jerit ala-ala Abby Abady dok soal siasat suspek dalam cerita Gerak Khas)

Maka, mengakulah seorang demi seorang pesalah-pesalah tersebut. Ada yang cakap mengumpat PM lar, ada yang cakap dok tunjuk video seks game kat kawan sebelah lar, Ada yang  tak mengaku, dan ada gak yang mengaku hisap rokok kat belakang dining (dewan makan). Bila sampai pesalah yang ke 9, PM tu bagi amaran kat pesalah ke 10 dan kebetulan pulak yang jadi pesalah ke 10 tu member aku si FULUS ni.
PM: Kalau kamu tak nak mengaku kesalahan kamu, kami (PM) akan keluarkan kamu dari senarai pelajar universiti.(Dengan gaya gertak ala-ala The Rock gertak John Cena)

So, dipendekkan cerita, PM tu bertanya kat FULUS....
PM: KAMU MENGAKU TAK??(jeritan suara yang terakhir ni, berjaya buatkan gegaran kat dalam dewan)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!(gaya penuh keyakinan, suara lagi kuat dari suara PM)

PM: BETUL KAMU MENGAKU????(Jeritan kali ni lagi kuat dari yang pertama)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!!(Gaya lagi berkeyakinan dari yang soalan pertama tadi)

PM: APA YANG KAMU MENGAKU????(Gertak dengan muka yang bengis)
FULUS: SAYA TAK TAHU!!!(Menjerit dengan penuh semangat)

HahahHahaHahahA...Macam lahanat..Aku kat bawah ngan member-member aku dah bantai ketawa. Tapi, tahan-tahan jugak sebab takut kena marah dengan PM. Last-last korang nak tau apa salah diorang ni?? Salah diorang sebab tak bgtau birthday diorang..Hek ELeh!!..Konon macam nak PRANK lar time budak-budak ni punye birthday. CiS!!!..SioT Je..!!

Lepas dah habeh minggu orentasi pelajar baru, trus masuk kolej. Hamba tercampak kat kolej NADIM. Ha!!.itu lah asalnya nama Nadim tu. Aku amek sempena nama blok yang pernah berbakti kat aku sepanjang 3 tahun aku kat LENDU dulu. Kira mcm payback lar pada jasa blok yang menjaga aku dari panas terik mentari dan ribut taufan sang hujan...:)

-BERSAMBUNG [To B Continued]-


Saturday, 30 April 2011

Zaman dulu-dulu

Tengah bosan-bosan malam minggu ni, aku terpikir nak selak balik album-album lama. Hahaha.. Macam-macam gambar aku jumpa.. Dari yang pakai baju sampai yg 'naked'.. Tiba-tiba rasa diri aku ni comel pulak.. Syukur pada Tuhan, aku dilahirkan sempurna sifat dan akal.. Alhamdulillah..

Dalam dok belek-belek tu, tetibe mata ternampak gambar kenangan darjah 1. Ingatkan gambar ni aku dah buang dah..Tp, masih ada lagi dalam simpanan album.. RINDUNYA!!!... Rasa macam nak balik je ke zaman budak-budak.. Tak payah nak pikir pasal masalah assignment last minute, masalah duit tak cukup, masalah girlprenz..(ooopppss).... masalah final exam, masalah......apa laie erh???Arrgghhh!..macam-macam lagi lah.. Tekanan wooo~..

Time budak-budak dulu, time mula-mula masuk darjah 1 kat situ lar kita kenal erti dunia. Perasaan takut nak pegi sekolah.. Ingat lagi, macam mana bonda sanggup tunggu kat depan kelas sebab anak dia yang nakal ni dok teriaq tak bagi bonda balik..(aku ke??).. Time nak berak plak, angkat tangan, jerit kat cikgu.. "Cikgu...saya nk UU...Ukk" LOL!. Tapi, time kat sekolah tu, memang spoil...nak berak memang takde selera langsung. Memang trend kot kat Malaysia ni...semua tandas sekolah, mesti kotoq. Aku tak paham lar.. Nanti, aku jadi menteri pelajaran..Aku akan usulkan semua sekolah kat Malaysia mesti mempunyai tandas yang bersih.hehehe...

**********************************************
Oh...lupa plak..Ni ada satu pengalaman aku masa kecik-kecik nak share ngan korang.
Nama cikgu kelas aku masa darjah satu tu, Cikgu Beh. Dia ni, memang kira cikgu paling sporting lar pernah aku dapat. Ada satu hari tu, member aku Bad (bukan nama sebenar), nak berak. Tapi, dia tak sempat nak bagitau kat Cikgu Beh ni. Tak tau lar sebab dia segan nak bagitau or dia takut nak pi tandas sorang -sorang. Last-last cirit dalam seluaq. Hahaha....Apa lagi, satu kelas gotong-royong bersihkan najis dia tu. Tapi, nak cerita sporting tak sporting nye cikgu kelas aku ni...Dia sanggup pi cucikan bontot member aku tu and pakaikan dia dengan seluar sekolah baru. Tu pun ambik kat Stor sekolah. Dah lar badan Bad tu saiz XS, seluar tu, pulak saiz XXL..Korang tau, Cikgu Beh tu ikat seluaq tu pakai tali rafia oooo...Kreatif tak kreatif lar..

Time rehat plak, berebut-rebut kat kantin sekolah...Tak reti nak beratur langsung. Dulu, belanja sekolah aku 3 kupang je.. sekupang beli air sirap lagi dua kupang beli mee hoon goreng tak pun dua kupang tu beli jajan perasa jagung sekupang ngan kacang sekupang.. Cukup je..Sekarang ni, 3 kupang boleh beli apa je?? Gula-gula HACKS pun 5 kupang tau. Balik rumah paling heaven. Campak beg and trus melulu ke dapur cari makanan.. Kebuluq sebab mee hoon kat sekolah tak sedap. :) Kerja sekolah jangan harap nak buat. Esok pagi-pagi kat sekolah kelam-kabut dok amek buku budak perempuan meniru jawapan.. Hahahaha.....

Rindu sangat zaman tu...Kalau boleh putar masa, nak je aku kembali ke zaman budak-budak dulu. Sejarah mengajar manusia menjadi lebih matang dalam kehidupan. Sekarang ni, even dah degree but still miss those moment when i play 'konda-kondi' and baling selipar with my frenz.:)

Yang tak pakai tudung tu la Cikgu Beh..:)

Friday, 29 April 2011

Aku sayang binatang itu!!!

Korang semua minat dengan kucing tak??? Sapa minat SILA ANGKAT TANGAN!!!.

Teringat masa kali pertama si apiq (adik bongsu aku) bawak balik OG (nama kucing aku) ke rumah.. Untuk pengetahuan korang, aku bukan peminat kucing. Jangan katakan kucing Parsi, kucing Brazil, kucing France, kucing Jamaica semua jenis kucing pun aku tak minat. Actually, aku pernah ada kenangan pahit dengan sang kucing ni waktu kecik-kecik dulu. Dulu, aku budak nakal..Setakat curi rambutan kat kebun jiran atuk aku dengan ponteng sekolah tu perkara biasa je. Ayahanda pun dah tak larat nk sebat aku dengan tali pinggang and penyangkut baju hari-hari. Pernah sekali masa kecik-kecik dulu, aku nak campak sang kucing kat dalam kolah rumah aku. Baru bak campak je si kucing tu,....
Tiba-Tiba....ZASS!!!! Hamek ko bercalar muka ni ha kena cakar. Padan dengan muka aku. So, bila dah terkena tu, sekarang ni, macam takut trauma plak nak dekat dengan kucing.

Tapi...Entah kenapa bila dah lama-lama aku jatuh cinta pulak dengan kucing tu. Perasaan sayang aku makin hari makin bertambah pada beliau. Sejak dia ada di sisi kami, bonda dah jarang membebel, rezeki keluarga makin bertambah, projek ayahanda makin hari makin masyuk, cinta hati dinaikkan pangkat walaupun baru empat bulan kerja, aku pun dah tak trauma and family makin ceria. Macam-macam lagi lah.. Kalau aku nak cerita panjang lebar pun tak habis. So, petua pada kawan-kawan yang ada masalah kewangan dan masalah mak membebel kat rumah tu, boleh lah cuba petua membela kucing ni.

Cuma ada beberapa keadaan yang membuatkan aku tak beberapa berkenan pada beliau. Mula-mula dulu, pandai je beliau bawak diri, kencing and berak sume kat toilet. Tapi, lepas dah sebulan aku tak tau kenapa, beliau membuat perangai buang air besar di depan tandas dan buang air kecil di dapur. Pagi-pagi nak masak air buat air nescafe...Perghh!!..Air kencing beliau dah ada kat tepi penjuru dapur. (Sabar je laa)

Untuk pengetahuan korang, mak aku amek beli kucing tu harga RM400 je. Murah kan??? Mana nak dapat harga anak kucing parsi bawah RM600?? Nak tau kenapa murah?? hehehe.. Sebab my uncle pengusaha kucing parsi.. So, dia memang tolak harga RM400 je. Tapi, dengan syarat, kucing tu kenalah disayangi dan dijaga dengan betul. (Tolong promote bisness pak cik aku)

******************************************
Pak cik aku ni sebenarnya bekas pensyarah sebuah universiti swasta kat ipoh dan bekas kartunis sambilan dekat majalah GILA-GILA.Korang tau x Majalah GILA-GILA tu? Dia lebih kurang macam majalah Ujang dengan APO? tapi, lagi lama lar dari tu...

Seperti insan-insan normal yang lain beliau pun bercinta dan bertunang dengan gadis pilihan hati..Tup..Tup...Lepas 10 bulan bertunang, entah apa sebab si tunang beliau ni mintak putus. Oleh sebab tak tertahan dengan tekanan hidup agaknya, beliau menagih dadah.. Ha!!!..Korang tau tak bahaya DADAH tu?? Sekali dah amek and dah terkena, hanya orang yang kuat semangat je boleh berhenti tau.. Pakcik aku ni keluar masuk pusat serenti tu 2 kali.. Tapi, last-last beliau berjaya kuatkan semangat untuk tak nak amek benda HARAM tu lagi.

Sebab apa dia berjaya berhenti??Selain dari sokongan  keluarga yang tak pernah putus memberi sokongan moral, kucing merupakan salah satu sebab kenapa beliau berhenti mengambil benda haram tu. Kuasa ALLAH, kita memang tak tau..Aku memang respect sangat dengan pakcik aku ni. Walaupun orang kampung dok mengata tak sudah-sudah, beliau berjaya menjadi usahawan kucing parsi. Mungkin, orang pandang hina pada beliau. Tapi, pada aku dia adalah HERO... Sebab apa?? Sebab dia berjaya buktikan pada masyarakat setempat yang pandangan masyarakat tu semuanya salah. Kita boleh berjaya selagi kita BERUSAHA.

Aku harap pak cik aku berjaya dengan kerjaya beliau sekarang ni. Lantak pi lah orang nk mengata apa pon. Yang pasti, ALLAH tu sentiasa bersama dengan orang yang SABAR and rezeki yang dia dapat tu dari rezeki yang HALAL. Itu yang paling UTAMA.
Oh yer..sebelum aku ending entri ni, aku letak sekeping dua gambar si OG ni..:)


Ni Gambar Si OG masa kecik-kecik..:)


Yang ni the latest one..OG si Gemok~ Dah makin malas.
p/s : sekarang ni, kalau korang tanya aku sayang kucing ke tak...Jawapan aku..aku sangat sayangkan kucing..ye..!!saya sayangkan kucing saya!!~:)

Thursday, 28 April 2011

Janji Sang Lembu

Janji nak jumpa pukul 11 pagi!!!Sekarang dah pukul 12 tengah hari, jangan katakan batang hidung. Bau perfume pun tak datang lagi..Ini lah dia JANJI MELAYU... BERJANJI je pandai bab nak tepati atau nak ikut memang haram... Tu lar!!! masa kecik-kecik tak nak mampos pegi sekolah, dah besaq macam ni, menyusahkan orang. Mana tak susahnya, sat lagi, nak kena ingatkan balik pasal PENDIDIKAN ISLAM darjah 4.

Dulu masa kecik-kecik, mak aku selalu cakap pasal tepati janji. Kalau tak tepati, kita tergolong dalam kalangan orang M.U.N.A.F.I.K. Korang tau ke munafiq tu apa? Kalau tak tau, pegi bukak balik buku pendidikan islam darjah 5 (hehehe). Harap lepas ni, janganlah korang cuma tau BERJANJI tapi, tak leh nak TEPATI!!!.Cakap pasal janji, tiba-tiba aku teringat pasal pepatah orang melayu dulu-dulu.
"LEMBU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG PADA JANJI"

Korang semua pernah terlintas tak soalan kenapa orang dulu-dulu guna LEMBU... kenapa tak guna GAJAH ke, HARIMAU ke, BELALANG ke, TIKUS MONDOK ke??? Pada aku lar, orang-orang dulu yang cipta peribahasa ni, mesti dari kalangan penternak atau pun dari kalangan orang yang sayangkan binatang. Btol x??
Maklumlah, boleh dikatakan HAMPIR semua peribahasa melayu yang ada, mesti ada menggunakan nama binatang.

 p/s : Masih dalam proses belajar menggunakan software yang ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...