Sebenarnya, aku pun bukanlah baek sangat..Tapi, pengalaman aku hari ni, buatkan aku rasa insaf yang amat sangat. Mungkin ALLAH nak bagi hidayah kat hambaNYA yang lemah dan daif ni. Huhuhuhu...
Tengah hari tadi, sebelum solat jumaat, aku buat rutin harian seperti biasa.. Blogwalking and update statusk sambil dok layan komen status-status
Tiba-tiba...
"Tak dengar ke orang dah mengaji kat masjid tu??tak RETI-RETI lagi??" ayahanda tanye dengan gaya perli..
"Yer...orang tau..Nak siap lar ni. ayah pi lar dulu, orang pi naik motor sat gi". Jawab aku dengan penuh kemalasan.
Elok je bila encik ayah keluar rumah, datang idea
Masa khutbah, aku dok berdiri kat tepi pintu masjid. Nasib baik lah, masa solat ada ruang yang boleh aku masuk. Sampai lah selesai solat jumaat, baru aku terperasan sebelah kanan aku, pakcik OKU(orang kelainan upaya) rupanya. Lepas dah bersalam-salaman ada orang yang datang tolong tolak beliau. Mungkin sedara or orang dari rumah kebajikan.. Aku tak tau...Cuma aku mampu tengok dari jauh sampailah pakcik OKU tu hilang dari pandangan mata kasar aku ni..
"Ya ALLAH, sedangkan aku yang sempurna sifat masih tersimpan rasa malas nk tunaikan kewajipan kepada mu. Ampuni lah dosa hambamu ini YA ALLAH".
Timbul rasa insaf kat dalam hati. Lepas ni tobat tak mau malas-malas solat dah. Solat 5 waktu pun akan dihighlightkan supaya cukup..Sebab kadang-kadang rongak jugak..
![]() |
| tgh dok cari gambar solat, tertarik plak dengan kartun ni.LOL |

