Showing posts with label blok nadim. Show all posts
Showing posts with label blok nadim. Show all posts

Saturday, 14 May 2011

Hikayat MoMoK Nadim -Part 2-


Huih...Sedar tak sedar dah seminggu korang tunggu kan???kan???kan??? Jadi...Sambungan yang dinantikan Hikayat Momok Nadim part 2 akan disambung. Mana-mana bloggers yang terlepas episod 1 or tak sempat nak baca episod 1, korang sume boleh klik link hikayat momok nadim 1st ni.

Waktu mula-mula masuk kat blok Nadim ni, aku cakap terus terang...Seram sejuk rasanya. Maklumlah...Sebab blok tersebut boleh dikatakan blok bersejarah jugak. Tengok muka-muka seniors sume macam muka pecah rumah. Takde muka yang orang cakap muka beriman macam muka aku imam muda asyraf. Bahasa pulak, tok sah nak cerita la.. Ada satu petang tu, masa aku balik dari kelas nak balik bilik.. Time tu, aku cakap terus terang...Memang penat sangat...Maklum lah..berjalan kaki dari blok ke fakulti. Jarak and penat dia kira macam korang berjalan kaki dari Hentian puduraya ke Times Square. Ada senior-senior blok dok melepak kat kerusi malas bawah blok. Nampak je kami budak-budak muka beriman ni lalu, dijeritnya kat kami...

'Hoi lahanat!! Ko belum kena induct dengan aku kan?? Malam ni, lepas isyak ko datang bilik aku!!'...
Siot!!..Time tu, tok sah cakap lar..Hati tengah panas membara..Tibe-tibe ada plak mamat senior menyound macam tu..Memang rasa macam nak bagi penumbuk je kat muka diorang.
Tapi, mengenangkan aku and kawan-kawan aku budak baru kami jawab dengan penuh lemah gemalai.
'Baik bang'.

'Masa bila pulak aku kawin dengan akak kau?!!'
E'eh...kita jawab sikit punye elok. Dia hentamnya kita balik???
Itu lah lumrah kehidupan kat blok masa tu...Budak-budak junior semua mengikut kata-kata senior. Kira macam senior and junior tu, hierarki kuasa tu agak besar lar. Senior ada kuasa mutlak kat junior-junior ni and setiap junior kena ikut setiap peraturan blok.

So, malam tu memang aku ngan roomate aku si asyraf ni dah rancang malas nak pi bilik senior. Ye lar..dari pegi serah diri kena induct dengan senior, baek ulangkaji pelajaran. Bonda and encik abah antar aku masuk unibersiti suruh belajar, bukan suruh kena orientake dengan senior.Btol dak??

Dalam tengah dok melepak dalam bilik tu, tiba-tiba ada budak kelas kitorang ketuk pintu bilik. 'weh, abang bilik sebelah panggil korang, nak berkenalan'. Perh!!..Ayat..nak berkenalan..padahal macam aku tak tau nak induct kitorang..

Masa tu, aku, asyraf,fuad, kamil, asri, muzammil (nama punye baek) masuk lar ke bilik senior ni. Yang si asyraf ni pulak, nak dijadikan cerita boleh pakai boxer je time tu. mak aih..trus kena sound. Masa tu, aku ingat lagi, ada senior aku sorang ni yang korang boleh cakap otai gak lar. Nama dia Ladong..Dia tengok je roomate aku ni pakai boxer, terus nye dia sound. Adoi...Apa lar salahnya budak tu..Dah nak tidor kan??Normal lar budak laki-laki pakai sedemikian rupa.

Nak cerita hebat tak hebatnya senior blog kitorang masa tu, Diorang ni, kreatif. Diorang boleh bagi nick name junior time tu jugak. korang cerita lar pengalaman manis and pengalaman pahit korang kat diorang ni. Comporm!!!. Idea nickname tu datang kat kepala otak diorang tu.
Ye lar ada member aku dapat nickname, BARAN. Sebab apa baran?? Sebab bangga dapat surat tawaran.Ada yang besh sket, Lidek,Sebab lidah dia pendek. Adul pulak sebab dahi aku jendul. Hahahaha...
Tutun sebab tukang pantun, Tasi sebab tangan besi. Tedup sebab tengkorak hidup. ada yang lucah-lucah, aku tak tulis kat sini. Tak elok sebab readers aku ramai perempuan. Hahahahaa..Last-last..tengah kena induct tu, si Ladong ni ternampak something kat asyraf.. kira nampak macam bakat gak lar.
Terus dia bagi nama kat budak asyraf tu Ketong.

Sebab apa ketong???korang kena tanya dia sendiri. Hahahaha...

Maka, apabila tiba giliran aku untuk diinduct, senior aku terperasan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengalaman manis dan pahitku. Tu yang melekat nama MOMOK tu. Kalau tak, mula-mula, ada sorang senior aku nak bagi nama HAMA SABU.. Apa ke pelik nama tu. Tapi, lepas senior dah berbincang dengan ahli majlis bilik tersebut, nama aku ditukar pada MOMOK. So, sejak tu, terlahirlah Momok Nadim.

Ada lagi sambungan???-Continued part 3-

Tuesday, 3 May 2011

Hikayat Momok Nadim

Malam ni angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Awan kat atas meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan sang angin. Langit pulak malu-malu kambing kucing ditutupi sang awan. Bulan masih macam dulu dok asyik menumpang cahaya abang matahari untuk memancar kecantikan wajahnya.

Dalam duduk bertapa sambil dok berpikir apa yang nak aku carutkan tulis kat dalam paper thesis ni, tiba-tiba aku terfikir untuk update entri kat dalam blog. Rindu rasanya kat kawan-kawan blogging. For those yang sudi jadi followers and baca this blog, aku ucapkan sangat-sangat and banyak-banyak terima kasih. Nanti, aku follow hangpa balik..Tinggal link hangpa kat shoutbox kami na??Tak sangka ada jugak orang rajin dok baca aku merapu kat alam maya ni. (hihihihhiks)

Malam ni, aku nak share story ngan korang pasal asal usul nama aku..Ibarat macam cerita hikayat jugak. Korang sume mesti musykil a.k.a pelik kan kenapa aku guna nama momok nadim as aku punye user name? Pernah terlintas tak dekat fikiran korang kenapa aku guna nama momok tu?? Mungkin pernah..Mungkin tak pernah.. Ye lah..tuan punye badan sikit punye hensem, macho and cute  sedap-sedap mata memandang. TAPI, kenapa still nak guna nama yang mengerikan? Btol dak? Tapi,actually to tell the truth nama momok tu memang nama nickname aku. Malam Pagi ni, aku nak share ngan korang serba sedikit sejarah di sebalik nama MoMoK tu..:) Ni semua kira macam hadiah lar aku bagi sebab sudi jadi readers aku.(cik awek pun tak pernah tahu pasal sejarah nama MoMoK ni tau).

***************************************************************************


Seperti cerita-cerita hikayat yang lain jugak, (Kira macam hikayat merong mahawangsa dengan hikayat 1001 malam lar) Hikayat MoMoK Nadim ni bermula apabila aku menjejakkan kaki di salah sebuah universiti tempatan di pekan kecil Lendu. Orang kat situ dok sebut LONDON..Padahal LENDU. (Ni sebab kes student-student ngan penduduk kat situ perasan mcm duduk kat negara mat salleh la ni).

Macam student-student junior yang lain, aku terpaksa melalui minggu yang paling dibenci. Minggu Orentasi or dalam bahasa mat salleh disebut ORIENTATION WEEK. Dalam seminggu dok bangun pukul 5 pagi and tidoq pukul 12 tengah malam. Siot btol!!! Mana-mana student yang rambut panjang awal-awal dah kena potong pendek. Pak Gad dah prepare dok tunggu nak tahan student yang rambut panjang. Kalau free takpe jugak, ni kena charge wooo...RM5!!! Memang kaki hisap darah btol lah orang-orang kat sini. Dalam seminggu tu hari-hari kami sume dok menghafal lagu-lagu kebangsaan universiti (Wawasan Setia Pelajar ngan Warisan) and diperkenalkan dengan undang-undang baru. Ingatkan dah habeh sekolah menengah dah tak dak style nyanyi-nyanyi lagu. Sekali masuk menara gading ada jugak part-part nak kena hafal lagu unibersiti.

Ada satu part yang aku nak share ngan korang suma yang memang aku tak boleh nk lupakan sampai hari ni..

 Masa hari-hari akhir Orientation Week tu, kami kena tahan and kena brainwash ngan PM-PM yang ada. PM ni kira macam fasilitator lar yang dok jaga budak-budak baru masuk unibersiti ni. Habeh suma budak-budak junior ni kena maki kata kami tak geti nak hormat PM lar, time orang bagi ceramah kat masjid dok berborak lar, Hisap rokok belakang dewan lar, cakap PM otak tak betoi lar. Macam-macam lar. Yang perempuan kat belakang, aku tgk dah teriaq-teriaq. Konon-konon macam menyesal lar perbuatan dia tu. Yang paling tak boleh blah nye PM tu siap ugut kami cakap kami ni bukan student unibersiti yang sah and diorang ada hak nak halau kitorang keluaq dari unibersiti tu if kitorang tak reti nak ikut peraturan. (Time tu aku dah cuak jugak la). Ye lar...budak baru maa..apa-apa pun tak tau. 1st time masuk menara gading ni.

Last-last dia panggil beberapa orang pelajar. Dalam 10 orang pelajar yang kena panggil tu, ada sorang budak tu, kebetulan roomate dengan aku masa Orientation Week tu. Kami panggil dia Fulus. So, bila pesalah-pesalah 10 orang tu dah naik kat atas pentas sambil semua 10 orang pesalah ni dok terpikir-pikir dalam kepala otak diorang apa salah yang diorang buat sepanjang minggu orentasi tu maka bertanyalah PM kepada 10 orang pesalah tersebut setiap seorang soalan yang sama.
PM: KAMU MENGAKU TAK???(Dengan suara jerit ala-ala Abby Abady dok soal siasat suspek dalam cerita Gerak Khas)

Maka, mengakulah seorang demi seorang pesalah-pesalah tersebut. Ada yang cakap mengumpat PM lar, ada yang cakap dok tunjuk video seks game kat kawan sebelah lar, Ada yang  tak mengaku, dan ada gak yang mengaku hisap rokok kat belakang dining (dewan makan). Bila sampai pesalah yang ke 9, PM tu bagi amaran kat pesalah ke 10 dan kebetulan pulak yang jadi pesalah ke 10 tu member aku si FULUS ni.
PM: Kalau kamu tak nak mengaku kesalahan kamu, kami (PM) akan keluarkan kamu dari senarai pelajar universiti.(Dengan gaya gertak ala-ala The Rock gertak John Cena)

So, dipendekkan cerita, PM tu bertanya kat FULUS....
PM: KAMU MENGAKU TAK??(jeritan suara yang terakhir ni, berjaya buatkan gegaran kat dalam dewan)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!(gaya penuh keyakinan, suara lagi kuat dari suara PM)

PM: BETUL KAMU MENGAKU????(Jeritan kali ni lagi kuat dari yang pertama)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!!(Gaya lagi berkeyakinan dari yang soalan pertama tadi)

PM: APA YANG KAMU MENGAKU????(Gertak dengan muka yang bengis)
FULUS: SAYA TAK TAHU!!!(Menjerit dengan penuh semangat)

HahahHahaHahahA...Macam lahanat..Aku kat bawah ngan member-member aku dah bantai ketawa. Tapi, tahan-tahan jugak sebab takut kena marah dengan PM. Last-last korang nak tau apa salah diorang ni?? Salah diorang sebab tak bgtau birthday diorang..Hek ELeh!!..Konon macam nak PRANK lar time budak-budak ni punye birthday. CiS!!!..SioT Je..!!

Lepas dah habeh minggu orentasi pelajar baru, trus masuk kolej. Hamba tercampak kat kolej NADIM. Ha!!.itu lah asalnya nama Nadim tu. Aku amek sempena nama blok yang pernah berbakti kat aku sepanjang 3 tahun aku kat LENDU dulu. Kira mcm payback lar pada jasa blok yang menjaga aku dari panas terik mentari dan ribut taufan sang hujan...:)

-BERSAMBUNG [To B Continued]-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...