Tuesday 3 May 2011

Home » , , , , , » Hikayat Momok Nadim

Hikayat Momok Nadim

Malam ni angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Awan kat atas meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan sang angin. Langit pulak malu-malu kambing kucing ditutupi sang awan. Bulan masih macam dulu dok asyik menumpang cahaya abang matahari untuk memancar kecantikan wajahnya.

Dalam duduk bertapa sambil dok berpikir apa yang nak aku carutkan tulis kat dalam paper thesis ni, tiba-tiba aku terfikir untuk update entri kat dalam blog. Rindu rasanya kat kawan-kawan blogging. For those yang sudi jadi followers and baca this blog, aku ucapkan sangat-sangat and banyak-banyak terima kasih. Nanti, aku follow hangpa balik..Tinggal link hangpa kat shoutbox kami na??Tak sangka ada jugak orang rajin dok baca aku merapu kat alam maya ni. (hihihihhiks)

Malam ni, aku nak share story ngan korang pasal asal usul nama aku..Ibarat macam cerita hikayat jugak. Korang sume mesti musykil a.k.a pelik kan kenapa aku guna nama momok nadim as aku punye user name? Pernah terlintas tak dekat fikiran korang kenapa aku guna nama momok tu?? Mungkin pernah..Mungkin tak pernah.. Ye lah..tuan punye badan sikit punye hensem, macho and cute  sedap-sedap mata memandang. TAPI, kenapa still nak guna nama yang mengerikan? Btol dak? Tapi,actually to tell the truth nama momok tu memang nama nickname aku. Malam Pagi ni, aku nak share ngan korang serba sedikit sejarah di sebalik nama MoMoK tu..:) Ni semua kira macam hadiah lar aku bagi sebab sudi jadi readers aku.(cik awek pun tak pernah tahu pasal sejarah nama MoMoK ni tau).

***************************************************************************


Seperti cerita-cerita hikayat yang lain jugak, (Kira macam hikayat merong mahawangsa dengan hikayat 1001 malam lar) Hikayat MoMoK Nadim ni bermula apabila aku menjejakkan kaki di salah sebuah universiti tempatan di pekan kecil Lendu. Orang kat situ dok sebut LONDON..Padahal LENDU. (Ni sebab kes student-student ngan penduduk kat situ perasan mcm duduk kat negara mat salleh la ni).

Macam student-student junior yang lain, aku terpaksa melalui minggu yang paling dibenci. Minggu Orentasi or dalam bahasa mat salleh disebut ORIENTATION WEEK. Dalam seminggu dok bangun pukul 5 pagi and tidoq pukul 12 tengah malam. Siot btol!!! Mana-mana student yang rambut panjang awal-awal dah kena potong pendek. Pak Gad dah prepare dok tunggu nak tahan student yang rambut panjang. Kalau free takpe jugak, ni kena charge wooo...RM5!!! Memang kaki hisap darah btol lah orang-orang kat sini. Dalam seminggu tu hari-hari kami sume dok menghafal lagu-lagu kebangsaan universiti (Wawasan Setia Pelajar ngan Warisan) and diperkenalkan dengan undang-undang baru. Ingatkan dah habeh sekolah menengah dah tak dak style nyanyi-nyanyi lagu. Sekali masuk menara gading ada jugak part-part nak kena hafal lagu unibersiti.

Ada satu part yang aku nak share ngan korang suma yang memang aku tak boleh nk lupakan sampai hari ni..

 Masa hari-hari akhir Orientation Week tu, kami kena tahan and kena brainwash ngan PM-PM yang ada. PM ni kira macam fasilitator lar yang dok jaga budak-budak baru masuk unibersiti ni. Habeh suma budak-budak junior ni kena maki kata kami tak geti nak hormat PM lar, time orang bagi ceramah kat masjid dok berborak lar, Hisap rokok belakang dewan lar, cakap PM otak tak betoi lar. Macam-macam lar. Yang perempuan kat belakang, aku tgk dah teriaq-teriaq. Konon-konon macam menyesal lar perbuatan dia tu. Yang paling tak boleh blah nye PM tu siap ugut kami cakap kami ni bukan student unibersiti yang sah and diorang ada hak nak halau kitorang keluaq dari unibersiti tu if kitorang tak reti nak ikut peraturan. (Time tu aku dah cuak jugak la). Ye lar...budak baru maa..apa-apa pun tak tau. 1st time masuk menara gading ni.

Last-last dia panggil beberapa orang pelajar. Dalam 10 orang pelajar yang kena panggil tu, ada sorang budak tu, kebetulan roomate dengan aku masa Orientation Week tu. Kami panggil dia Fulus. So, bila pesalah-pesalah 10 orang tu dah naik kat atas pentas sambil semua 10 orang pesalah ni dok terpikir-pikir dalam kepala otak diorang apa salah yang diorang buat sepanjang minggu orentasi tu maka bertanyalah PM kepada 10 orang pesalah tersebut setiap seorang soalan yang sama.
PM: KAMU MENGAKU TAK???(Dengan suara jerit ala-ala Abby Abady dok soal siasat suspek dalam cerita Gerak Khas)

Maka, mengakulah seorang demi seorang pesalah-pesalah tersebut. Ada yang cakap mengumpat PM lar, ada yang cakap dok tunjuk video seks game kat kawan sebelah lar, Ada yang  tak mengaku, dan ada gak yang mengaku hisap rokok kat belakang dining (dewan makan). Bila sampai pesalah yang ke 9, PM tu bagi amaran kat pesalah ke 10 dan kebetulan pulak yang jadi pesalah ke 10 tu member aku si FULUS ni.
PM: Kalau kamu tak nak mengaku kesalahan kamu, kami (PM) akan keluarkan kamu dari senarai pelajar universiti.(Dengan gaya gertak ala-ala The Rock gertak John Cena)

So, dipendekkan cerita, PM tu bertanya kat FULUS....
PM: KAMU MENGAKU TAK??(jeritan suara yang terakhir ni, berjaya buatkan gegaran kat dalam dewan)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!(gaya penuh keyakinan, suara lagi kuat dari suara PM)

PM: BETUL KAMU MENGAKU????(Jeritan kali ni lagi kuat dari yang pertama)
FULUS: SAYA MENGAKU!!!!(Gaya lagi berkeyakinan dari yang soalan pertama tadi)

PM: APA YANG KAMU MENGAKU????(Gertak dengan muka yang bengis)
FULUS: SAYA TAK TAHU!!!(Menjerit dengan penuh semangat)

HahahHahaHahahA...Macam lahanat..Aku kat bawah ngan member-member aku dah bantai ketawa. Tapi, tahan-tahan jugak sebab takut kena marah dengan PM. Last-last korang nak tau apa salah diorang ni?? Salah diorang sebab tak bgtau birthday diorang..Hek ELeh!!..Konon macam nak PRANK lar time budak-budak ni punye birthday. CiS!!!..SioT Je..!!

Lepas dah habeh minggu orentasi pelajar baru, trus masuk kolej. Hamba tercampak kat kolej NADIM. Ha!!.itu lah asalnya nama Nadim tu. Aku amek sempena nama blok yang pernah berbakti kat aku sepanjang 3 tahun aku kat LENDU dulu. Kira mcm payback lar pada jasa blok yang menjaga aku dari panas terik mentari dan ribut taufan sang hujan...:)

-BERSAMBUNG [To B Continued]-


10 comments:

  1. lagi...lagi....seharusnya nama aku ade dlm ceritera ini...dr MMS aku sebilik ngan ko...ngahahaha....takleh lupe siot...diploma la kenangan terindah....

    ReplyDelete
  2. @Ketonk tunggu lar hikayat momok nadim bahagian 2..tu baru take 1 tue..:)

    ReplyDelete
  3. ceh, nama blok rupanya...hahahaha

    ReplyDelete
  4. aku tau mana asal momok tu.,
    ko patut tulis pasal ko kantoi ngan guard masa sambut birthday.,
    huahuaua

    -cakoi-

    ReplyDelete
  5. @Eyneehehehe3x..sebelum ni tak tau kan??hihihihiks..:)

    ReplyDelete
  6. @abdhanifhahaha..tu memang aku nk tulis..sabar cakoi..akan ada laie sambungan dia nanti...siot btol...ko ingat laie kan peristiwa tue??

    ReplyDelete
  7. dah tentu lar aku mastermind nyer.,

    ReplyDelete
  8. HAHAHAHA .. XD .
    sengal ! tp terbaikk ...

    ReplyDelete
  9. ko ubah sejarah la mok...blok jebat dowh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...