Wednesday, 1 June 2011

Busy...Busy...busy....~

Hidup sekarang ni memang busy...4 Hari lepas berturut-turut busy kat Putrajaya. Himpunan Sejuta belia... Tak tau lah yang berkumpul tu memang dah cukup sejuta ke tak. Tapi, aku jadi salah seorang penyumbang pada himpuann tersebut. Kira kalau aku tak datang hari tu, belia yang datang jadi 999 999 la... Bertuah sungguh Perdana Menteri Malaysia sebab aku jadi supporter untuk salah seorang himpunan tersebut.

Macam-macam aktiviti kat situ. Nasib baek pergi naek motor je, kalau naek kereta, memang alamat aku tak boleh nak masuk parking lar.. HUhuhuHuhu...Sekarang ni, hidup aku busy dengan kontes-kontes yang dianjurkan.. Persiapkan diri dengan my brother sebelum ke uji bakat Raja Lawak 7. Maklumlah, Maharaja Lawak pun dah nak habis.
*****
Entah siapa lar yang akan jadi juara Maharaja Lawak musim pertama ni. Aku penyokong setia Jambu and Jozan. Sepah and Nabil pun aku minat, cuma tak berapa nak undi diorang coz, aku pengundi tegar kumpulan Jambu and Jozan. Apa??Korang pun nak undi?? Tak tau cara dia?? Senang je..Taip ML/ML3/ML5,ML10 atau ML20 JAMBU ke 32999.
Hahahaha..takde paksaan pun nak hantar..Sebab aku memang minat dengan Jambu and Jozan, so memang harap sangat kumpulan tu menang.

Malam tu, boleh pulak team feveret jadi juara. Ingat nak tengok kat Putrajaya dengan Perdana Menteri. Tapi, last-last minit cancelkan idea tu and lepak tengok kat Mamak je. Tengok kat mamak pun, feelings dia tangkap macam tengok kat stadium kot. Hehehehe...=)

*****
Hari ni makin busy pulak. Banyak benda nak kena settlekan dalam bulan Jun ni. Banyak perancangan nak kena diatur. Oh ya!!..Lupa nak bagitau kat korang semua. Aku baru balik interbiu keje petang tadi. Lately ni memang busy. Korang doakan aku dapat erh keje tu. Nanti leh belanje korang mengeteh kat kedai mamak. Hahaha...Dah Lewat ni..Nak Tidodah..Selamat Malam..Sweet Dreams..~

Thursday, 26 May 2011

Segmen Bloglist Abg Teror - Tanah Tumpah Darahku

Hahahaha..sebenarnyee..aku janji nak join menda ni semalam.. Sowie abgterror..Busy sangat lately nie.. Banyak menda nak kena settlekan....So, aku join segmen abgterror nie... To kawan-kawan yang nak join segmen abgteror ni, leh klik link ni. Masuk negeri mana-mana pun takpe, sebab kita semua 1 Malaysia and 1 bloggers.. Sume berada di bawah payung yang sama. Betul x??

So, Tak Nak buang masa, aku jawab soklan-soklan tahap PMR yang abgteror ni mintak aku jawab. Hope dapat A++ lar..hahahaha..:D

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
Hospital Besar Tapah, Negeri Perak Darul Ridzuan

2. Dimana anda dibesarkan?
Saya dibesarkan di Kajang, Selangor Darul Ehsan

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Abang Teror..Kalau nk mintak dimasukkan kat dua negeri leh tak?? Selangor and Perak..hahahaha..:D

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Banyak sebab kenapa nak pilih dua-dua negeri tersebut, Firstly, sebab negeri tu lar tempat kami duduk and membesar.. Kampung kat Sungkai, dekat ngan Sg.Klah..Hot Spring Sg.Klah..heheehe3x.. Selangor tu pulak, sebab negeri tu tempat saya membesar..
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakakan..hahaha...:D

p/s: Bro..kalau tak leh nk letak kat dua-dua negeri tu, bro letak under selangor erh???
Sebab awek-awek selangor cun-cun macam lisa surihani. and laki-laki yang dok selangor sume ensem-ensem mcm mok fahrin ahmad.

Tuesday, 24 May 2011

Selamat Pengantin Baru

Tengah hari ni baru ada masa sikit nak update blog. Ingatkan nak update malam tadi. Tapi, kepenatan berjalan makan kenduri selama 3 hari berturut-turut membuatkan badan aku memerlukan rehat yang secukupnya. Hehehe..Maklumlah, badan ni, nak pakai lama. Betol dak??

So,mungkin entri ni dah terlewat. Maklumlah, dah berapa hari pengantin baru jadi pengantin baru. Hahahaha. Tapi, aku nak update jugak pasal wedding my best buddy ni. To Haziq and his lovely couple aku ucapkan Selamat Pengantin Baru and semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.

Actually, sepanjang 3 hari majlis berlangsung ni, macam-macam perkara yang terjadi. Maklumlah, member time diploma yang dah lama tak berjumpa, time tu lah berjumpa. Yang mana zaman belajar tu ada bercinta dengan kawan-kawan sekelas and patah sayap di tengah-tengah jalan. Berjumpa time tu, orang cakap, luka lama berdarah kembali lah jugak. Ada yang datang bawak anak, ada yang datang pass-pass kad kahwin.. Hihihihiks. So, petua pada kawan-kawan semua, jangan lah bercinta and bercouple dengan kawan-kawan kelas. Time akad nikah tu,baru aku sedar, dalam batch aku, Haziq ni lelaki pertama yang melangsungkan perkahwinan. Wah!!.Congratulation bro!
 Tak Nak cerita panjang-panjang, sebab aku tau, korang mesti bosan punye kalau aku merepek panjang-panjang kan?? Aku share dengan korang semua sekeping dua gambar yang sempat aku and kawan-kawan snap sepanjang perkahwinan tu berlangsung..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...