Saturday 30 April 2011

Zaman dulu-dulu

Tengah bosan-bosan malam minggu ni, aku terpikir nak selak balik album-album lama. Hahaha.. Macam-macam gambar aku jumpa.. Dari yang pakai baju sampai yg 'naked'.. Tiba-tiba rasa diri aku ni comel pulak.. Syukur pada Tuhan, aku dilahirkan sempurna sifat dan akal.. Alhamdulillah..

Dalam dok belek-belek tu, tetibe mata ternampak gambar kenangan darjah 1. Ingatkan gambar ni aku dah buang dah..Tp, masih ada lagi dalam simpanan album.. RINDUNYA!!!... Rasa macam nak balik je ke zaman budak-budak.. Tak payah nak pikir pasal masalah assignment last minute, masalah duit tak cukup, masalah girlprenz..(ooopppss).... masalah final exam, masalah......apa laie erh???Arrgghhh!..macam-macam lagi lah.. Tekanan wooo~..

Time budak-budak dulu, time mula-mula masuk darjah 1 kat situ lar kita kenal erti dunia. Perasaan takut nak pegi sekolah.. Ingat lagi, macam mana bonda sanggup tunggu kat depan kelas sebab anak dia yang nakal ni dok teriaq tak bagi bonda balik..(aku ke??).. Time nak berak plak, angkat tangan, jerit kat cikgu.. "Cikgu...saya nk UU...Ukk" LOL!. Tapi, time kat sekolah tu, memang spoil...nak berak memang takde selera langsung. Memang trend kot kat Malaysia ni...semua tandas sekolah, mesti kotoq. Aku tak paham lar.. Nanti, aku jadi menteri pelajaran..Aku akan usulkan semua sekolah kat Malaysia mesti mempunyai tandas yang bersih.hehehe...

**********************************************
Oh...lupa plak..Ni ada satu pengalaman aku masa kecik-kecik nak share ngan korang.
Nama cikgu kelas aku masa darjah satu tu, Cikgu Beh. Dia ni, memang kira cikgu paling sporting lar pernah aku dapat. Ada satu hari tu, member aku Bad (bukan nama sebenar), nak berak. Tapi, dia tak sempat nak bagitau kat Cikgu Beh ni. Tak tau lar sebab dia segan nak bagitau or dia takut nak pi tandas sorang -sorang. Last-last cirit dalam seluaq. Hahaha....Apa lagi, satu kelas gotong-royong bersihkan najis dia tu. Tapi, nak cerita sporting tak sporting nye cikgu kelas aku ni...Dia sanggup pi cucikan bontot member aku tu and pakaikan dia dengan seluar sekolah baru. Tu pun ambik kat Stor sekolah. Dah lar badan Bad tu saiz XS, seluar tu, pulak saiz XXL..Korang tau, Cikgu Beh tu ikat seluaq tu pakai tali rafia oooo...Kreatif tak kreatif lar..

Time rehat plak, berebut-rebut kat kantin sekolah...Tak reti nak beratur langsung. Dulu, belanja sekolah aku 3 kupang je.. sekupang beli air sirap lagi dua kupang beli mee hoon goreng tak pun dua kupang tu beli jajan perasa jagung sekupang ngan kacang sekupang.. Cukup je..Sekarang ni, 3 kupang boleh beli apa je?? Gula-gula HACKS pun 5 kupang tau. Balik rumah paling heaven. Campak beg and trus melulu ke dapur cari makanan.. Kebuluq sebab mee hoon kat sekolah tak sedap. :) Kerja sekolah jangan harap nak buat. Esok pagi-pagi kat sekolah kelam-kabut dok amek buku budak perempuan meniru jawapan.. Hahahaha.....

Rindu sangat zaman tu...Kalau boleh putar masa, nak je aku kembali ke zaman budak-budak dulu. Sejarah mengajar manusia menjadi lebih matang dalam kehidupan. Sekarang ni, even dah degree but still miss those moment when i play 'konda-kondi' and baling selipar with my frenz.:)

Yang tak pakai tudung tu la Cikgu Beh..:)

Friday 29 April 2011

Aku sayang binatang itu!!!

Korang semua minat dengan kucing tak??? Sapa minat SILA ANGKAT TANGAN!!!.

Teringat masa kali pertama si apiq (adik bongsu aku) bawak balik OG (nama kucing aku) ke rumah.. Untuk pengetahuan korang, aku bukan peminat kucing. Jangan katakan kucing Parsi, kucing Brazil, kucing France, kucing Jamaica semua jenis kucing pun aku tak minat. Actually, aku pernah ada kenangan pahit dengan sang kucing ni waktu kecik-kecik dulu. Dulu, aku budak nakal..Setakat curi rambutan kat kebun jiran atuk aku dengan ponteng sekolah tu perkara biasa je. Ayahanda pun dah tak larat nk sebat aku dengan tali pinggang and penyangkut baju hari-hari. Pernah sekali masa kecik-kecik dulu, aku nak campak sang kucing kat dalam kolah rumah aku. Baru bak campak je si kucing tu,....
Tiba-Tiba....ZASS!!!! Hamek ko bercalar muka ni ha kena cakar. Padan dengan muka aku. So, bila dah terkena tu, sekarang ni, macam takut trauma plak nak dekat dengan kucing.

Tapi...Entah kenapa bila dah lama-lama aku jatuh cinta pulak dengan kucing tu. Perasaan sayang aku makin hari makin bertambah pada beliau. Sejak dia ada di sisi kami, bonda dah jarang membebel, rezeki keluarga makin bertambah, projek ayahanda makin hari makin masyuk, cinta hati dinaikkan pangkat walaupun baru empat bulan kerja, aku pun dah tak trauma and family makin ceria. Macam-macam lagi lah.. Kalau aku nak cerita panjang lebar pun tak habis. So, petua pada kawan-kawan yang ada masalah kewangan dan masalah mak membebel kat rumah tu, boleh lah cuba petua membela kucing ni.

Cuma ada beberapa keadaan yang membuatkan aku tak beberapa berkenan pada beliau. Mula-mula dulu, pandai je beliau bawak diri, kencing and berak sume kat toilet. Tapi, lepas dah sebulan aku tak tau kenapa, beliau membuat perangai buang air besar di depan tandas dan buang air kecil di dapur. Pagi-pagi nak masak air buat air nescafe...Perghh!!..Air kencing beliau dah ada kat tepi penjuru dapur. (Sabar je laa)

Untuk pengetahuan korang, mak aku amek beli kucing tu harga RM400 je. Murah kan??? Mana nak dapat harga anak kucing parsi bawah RM600?? Nak tau kenapa murah?? hehehe.. Sebab my uncle pengusaha kucing parsi.. So, dia memang tolak harga RM400 je. Tapi, dengan syarat, kucing tu kenalah disayangi dan dijaga dengan betul. (Tolong promote bisness pak cik aku)

******************************************
Pak cik aku ni sebenarnya bekas pensyarah sebuah universiti swasta kat ipoh dan bekas kartunis sambilan dekat majalah GILA-GILA.Korang tau x Majalah GILA-GILA tu? Dia lebih kurang macam majalah Ujang dengan APO? tapi, lagi lama lar dari tu...

Seperti insan-insan normal yang lain beliau pun bercinta dan bertunang dengan gadis pilihan hati..Tup..Tup...Lepas 10 bulan bertunang, entah apa sebab si tunang beliau ni mintak putus. Oleh sebab tak tertahan dengan tekanan hidup agaknya, beliau menagih dadah.. Ha!!!..Korang tau tak bahaya DADAH tu?? Sekali dah amek and dah terkena, hanya orang yang kuat semangat je boleh berhenti tau.. Pakcik aku ni keluar masuk pusat serenti tu 2 kali.. Tapi, last-last beliau berjaya kuatkan semangat untuk tak nak amek benda HARAM tu lagi.

Sebab apa dia berjaya berhenti??Selain dari sokongan  keluarga yang tak pernah putus memberi sokongan moral, kucing merupakan salah satu sebab kenapa beliau berhenti mengambil benda haram tu. Kuasa ALLAH, kita memang tak tau..Aku memang respect sangat dengan pakcik aku ni. Walaupun orang kampung dok mengata tak sudah-sudah, beliau berjaya menjadi usahawan kucing parsi. Mungkin, orang pandang hina pada beliau. Tapi, pada aku dia adalah HERO... Sebab apa?? Sebab dia berjaya buktikan pada masyarakat setempat yang pandangan masyarakat tu semuanya salah. Kita boleh berjaya selagi kita BERUSAHA.

Aku harap pak cik aku berjaya dengan kerjaya beliau sekarang ni. Lantak pi lah orang nk mengata apa pon. Yang pasti, ALLAH tu sentiasa bersama dengan orang yang SABAR and rezeki yang dia dapat tu dari rezeki yang HALAL. Itu yang paling UTAMA.
Oh yer..sebelum aku ending entri ni, aku letak sekeping dua gambar si OG ni..:)


Ni Gambar Si OG masa kecik-kecik..:)


Yang ni the latest one..OG si Gemok~ Dah makin malas.
p/s : sekarang ni, kalau korang tanya aku sayang kucing ke tak...Jawapan aku..aku sangat sayangkan kucing..ye..!!saya sayangkan kucing saya!!~:)

Thursday 28 April 2011

Janji Sang Lembu

Janji nak jumpa pukul 11 pagi!!!Sekarang dah pukul 12 tengah hari, jangan katakan batang hidung. Bau perfume pun tak datang lagi..Ini lah dia JANJI MELAYU... BERJANJI je pandai bab nak tepati atau nak ikut memang haram... Tu lar!!! masa kecik-kecik tak nak mampos pegi sekolah, dah besaq macam ni, menyusahkan orang. Mana tak susahnya, sat lagi, nak kena ingatkan balik pasal PENDIDIKAN ISLAM darjah 4.

Dulu masa kecik-kecik, mak aku selalu cakap pasal tepati janji. Kalau tak tepati, kita tergolong dalam kalangan orang M.U.N.A.F.I.K. Korang tau ke munafiq tu apa? Kalau tak tau, pegi bukak balik buku pendidikan islam darjah 5 (hehehe). Harap lepas ni, janganlah korang cuma tau BERJANJI tapi, tak leh nak TEPATI!!!.Cakap pasal janji, tiba-tiba aku teringat pasal pepatah orang melayu dulu-dulu.
"LEMBU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG PADA JANJI"

Korang semua pernah terlintas tak soalan kenapa orang dulu-dulu guna LEMBU... kenapa tak guna GAJAH ke, HARIMAU ke, BELALANG ke, TIKUS MONDOK ke??? Pada aku lar, orang-orang dulu yang cipta peribahasa ni, mesti dari kalangan penternak atau pun dari kalangan orang yang sayangkan binatang. Btol x??
Maklumlah, boleh dikatakan HAMPIR semua peribahasa melayu yang ada, mesti ada menggunakan nama binatang.

 p/s : Masih dalam proses belajar menggunakan software yang ada.

Tuesday 26 April 2011

AkU BeNci KAU!!!

DaH EnaM BuLaN mengHiLang...KAU datang balik mengganggu hidup aku...
K.E.N.A.P.A??? W.H.Y???理由???

Aku benci bila jadi mcm ni. Dulu waktu aku tengah senang...KAU tak pernah ganggu hidup aku...Kenapa bila aku dah nak grade dan nak habiskan study aku...KAU datang mengganggu??? Tak boleh ker KAU biarkan aku berseorangan dan tidak membuatkan kepala otak aku pening memikirkan gangguan KAU??? Kalau KAU nak tau...dah EMPAT MALAM aku tak lena tidor..KAU tau...EMPAT MALAM!!!..

Tiap-tiap malam aku mimpi pasal KAU...Kenapa bukan Maria Ozawa TRANSFORMERS yang datang dalam mimpi aku... Kalau Maria Ozawa TRANSFORMERS yang datang dalam mimpi aku...mesti aku lena tido TIAP-TIAP MALAM.. Ini, baru aku nak lelapkan mata sket, BAYANGAN WAJAH KAU MENGHANTUI MIMPI aku.. Aku dah tak boleh tahan lagi, KAU tau tak???Kalau tiap-tiap MALAM macam ni, aku boleh kena penyakit KENCING MANIS AMNESIA, KAU tau???

Aku dah tak tahan sangat macam ni...TOLONGLAH... TOLONGLAH jangan KAU ganggu mimpi-mimpi indah aku dengan Maria Ozawa Megan Fox lagi..Cukuplah sampai semalam je KAU buat tidor aku tak lena. Aku dah tak boleh terima lagi tekanan macam ni. Boleh jadi GILA kepala otak aku ni dengan gangguan dari KAU... Biarlah aku tenang MALAM ini...Aku mintak pada KAU...MALAM ini saja KAU tak ganggu mimpi aku dengan Maria Ozawa Megan Fox.

Aku harap...biarlah MALAM ni, aku boleh tidor lena..Aku dah habis menelaah dan mengkaji sebahagian pasal KAU... Untuk esok, biarlah aku berserah pada ALLAH dan bertawakal... Dah tak larat rasanya tiap-tiap MALAM nak membelek-belek sebahagian diri KAU sebelum aku masuk tidor. Aku dah PENAT... SELAMAT DATANG FINAL EXAM~!! Hope KAU tak bagi soalan susah dalam temujanji kita yang PERTAMA...

I'm BacK!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM and SALAM SEJAHTERA SALAM SATU MALAYSIA!!!


Wah!!!Rindunya nak berblogging...Blog lama dah delete...Sekarang ni, baru terkial-kial nk buat blog balik.. Bila baca blog member-member...Rasa geram je...Aku pun boleh buat blog lar weh..So, setelah ilmu blog-blog dah ditinggalkan dekat 3 tahun...Nampak gaya kena lar belajar balik menulis blog dan mengupdate blog dari zero or kosong..Learn from below and gained some experience...Hope bloggers2x kat luar sana leh bg tunjuk ajar kat aku mcm mana nk improve skill blogging ni...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...